Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada
disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau
takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang
daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan
dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang
soleh...
Amin.;)
2 comments:
i/Allah ummie....moga2 kalian panjang jodoh....jgn lupa jemput ak nnt ya
Salam
Sahabtmu....Sinar PejuangMU
walaupun diri ini daif dengan ilmu mahupun pengalaman, tetapi atas dasar sahabat ana mendoakan mu...
Tidak salah untuk mencinta dan di cinta, kerana ia adalah takdir dan fitrah manusia...ana bukan untuk kalia sahaja, tetapi untuk diri ana sendiri...ana pernah terjerumus dan ia sangat banyak likunya....tapi ingat lah janji ALLAH...mcm ada seorang sahabat ana, dia baik tapi mengapa dia tiada yg nak?
kerana ALLAH dah janjikan sorg untuknya....
wanita yg baik untuk lelaki yang baik
begitu gak sebaliknya....
berdirilah atas dasr kefahaman mu wahai sahabt ku kerana dirimu sahaja tahu takat mana kemampuanmu dan DIA sebagai pemantaumu.
cuma rujuk la Surah al-isra' ayat 32.....
mcm nak p SMK JA...kalau dah kata jalan nak menghampiri kesana tu haram, kita p bentol pun jadi haram...kn?
mcm tu lah zina.....
tepuk dada tanya lah iman
dan nilai dirimu mendekati atau menjauhi NYA....
jangan meminta padanya jika pd masa nya sama engkau menolak peraturannya
kan tak guna?
kan?
Sinar PejuangMU
-Agus_Irawan-
Post a Comment